English

Borneo Medical Centre (BMC) mengutamakan keselamatan data peribadi anda termasuk maklumat perubatan anda dan mengawal penggunan data peribadi anda untuk memastikan bahawa anda menerima rawatan pesakit dan perkhidmatan yang optimum.

Polisi-polisi dan prosedur di hospital adalah sejajar denagan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Peraturan-Peraturan 2006 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Risalah ini adalah untuk menasihatkan anda tentang polisi-polisi hospital dan amalan dalam berurusan dengan maklumat perubatan anda dan hak anda berkaitan dengan akses dan pembetulan maklumat tersebut.

Jenis data yang dikumpul, tujuan pengunaan data dan kepada siapa data berkenaan dikemukakan

Maklumat sulit dan data peribadi yang dikumpul dari pesakit untuk memberi nasihat dan menyediakan penjagaan perubatan yang terbaik kepada pesakit. Semua maklumat yang difailkan adalah selamat dan asas pencapaian diketahui dengan tegas. Kakitangan BMC sedar tentang maklumat sulit kesihatan peribadi dan pendedahn kepada sesiapa yang tidak berkenaan merupakan pecah amanah yang amat serius.

Data boleh digunakan untuk penyediaan penjagaan klinikal. Data ‘anonymised’ boleh digunakan sebagain asas penyelidikan dan klinikal audit. Jika data berkenaan untuk penyelidik ‘non-anonymised’ maka kebenaran / persetujuan diperlukan.

Semua kakitangan kesihatan professional terlibat adalah beretika dan terikat di sisi undang-undang untuk menjaga maklumat sulit anda dengan teliti. Undang-undang menetapkan dalam sesetengah keadaan di mana maklumat peribadi (termasuk maklumat kesihatan), misalnya dalam kes penyakit berjangkit boleh didedahkan.

Hak-hak perlindungan data (Akses dan pembetulan)

Individu berhak mendapat satu salinan data peribadi dan membetulkan atau memadamkan ketidaktepatan maklumat mereka melalui kebenaran / permintaan bertulis.